WELCOME PEOPLE! THANK YOU FOR VISITING & HAVE A NICE DAY ;)


Get your own Digital Clock

Friday, March 11, 2011

fatty, tidak sesombong yang disangka

fatty kelihatan gembira ketika ditanya tentang hubungan cintanya
Heboh di media minggu lepas berkenaan kontroversi kononnya, penyanyi dan pelakon yang baru meningkat naik, Nur Fatihah Kharudin atau lebih dikenali sebagai Fatty dikatakan bersikap kurang ajar terhadap seorang wartawan di sebuah restoran mamak dekat Jalan Doraisamy. Insiden ini dikatakan berpunca daripada sekeping tosai. Maka, Fatty, 24, telah digelar kurang ajar oleh wartawan tersebut di dalam akhbarnya baru-baru ini. 
   Semalam, Cik G telah berjaya menemubual Fatty untuk menjelaskan kontroversi tersebut. Ketika Cik G menghubungi Fatty, beliau sedang bersarapan di kedai mamak yang sama sambil menikmati tosai bersama seorang rakan dan beliau langsung tidak keberatan untuk ditemubual. Ternyata beliau tidak sesombong dan kurang ajar seperti yang disangka. Mamak-mamak di kedai itu juga kelihatan mesra dengan beliau dan Fatty juga lebih selesa memanggil mereka sebagai ane, penggilan abang di dalam bahasa tamil, tidak seperti yang dikatakan di dalam akhbar kononya kesombonganya membuatkan mamak-mamak di situ menjelingnya setiap masa.
   Ketika ditanya mengenai kontroversi yang sedang melanda dirinya, beliau dengan tenang menjawab, "Semuanya berlaku dengan pantas dan di luar kawalan. Jika tindakan saya ketika itu yang menolak tosai tambah yang ingin diberikan dianggap kurang ajar, saya mohon maaf. Tapi saya tidak berniat apa-apa". Tetapi beliau bersyukur peminat masih menerimanya walaupun beliau ditujah dengan kontroversi tersebut. Dan apabila ditanya tentang desas-desus kisah cintanya dengan seorang pemuda bermotor ninja hijau, beliau terus ketawa. Jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya. Agaknya, merasa la Cik G nasi minyak Cik Fatty tak lama lagi. Tak gitu Cik Fatty?

Cik G @ Cik Gossip

2 comments:

♥cik liyana's nuri♥ said...

bapak ahh. kalah beautiful nara. hahahhaha

shahidakharudin said...

ne nak maen lawan2 lah ne dgn nara haha