WELCOME PEOPLE! THANK YOU FOR VISITING & HAVE A NICE DAY ;)


Get your own Digital Clock

Monday, May 16, 2011

kisah hidup

petang tadi saya ke Hospital Besar Ipoh
pergi melawat paksu saya yang kemalangan minggu lepas
Alhamdulillah, keadaan paksu bertambah baik, dan sudah dipindahkan ke wad biasa
tidak lagi di ICU
tetapi, tempat paksu di ICU telah digantikan dengan seorang pemuda
masih muda, baru 28 tahun, belum berkahwin
dari apa yang saya dengar, beliau terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari kerja
motor yang dinaiki beliau terbabas, dan ia menghempap badan pemuda tersebut
doktor menjangkakan, berdasarkan keadaan fizikal beliau, beliau akan lumpuh seluruh anggota tubuh seumur hidup
MasyaAllah, berat sungguh dugaan beliau
tetapi apa yang paling menyentuh hati saya,
beliau kelihatan sangat tabah
kata orang-orang di sekelilingnya, jiwa muda, harus kuat
dia membuatkan saya berfikir
ya, hati saya terluka, tapi saya masih boleh bergelak ketawa berjalan bebas ke sini sana
tapi dia, jika benar dia lumpuh
seumur hidup dia akan berbaring di katilnya
tidak mampu berbuat apa-apa
jadi mengapa saya perlu mengeluh untuk dugaan kecil yang menimpa
sedangkan beliau tidak bersungut akan dugaan Allah yang seberat itu di bahu beliau
wahai pemuda, saya mendoakan agar kamu diberi kesembuhan
doktor hanya menjangkakan sahaja, tetapi Allah yang berkuasa atas segalanya
saya mendoakan agar kamu pulih sepenuhnya
dan untuk masa sekarang, moga jiwa kamu kuat dan tabah
serta untuk orang-orang sekelilingmu juga, moga mereka diberi kekuatan hati
amin, ya Rabbal 'Alamin :)


No comments: