WELCOME PEOPLE! THANK YOU FOR VISITING & HAVE A NICE DAY ;)


Get your own Digital Clock

Sunday, May 22, 2011

Paksu Ilias

2 hari selepas saya menulis enrty INI *sila click*
kami mendapat berita pada Jumaat malam, jam 10.30 malam,
bahawa Paksu Ilias telah kembali ke rahmatullah kerana sesak nafas
kembalinya paksu ke sisi Allah amat mengejutkan kerana kami bergelak ketawa sebelum pulang pada malam kenduri Rabu lepas
namun, pemergiannya harus diredhai kerana itu ketentuan Illahi
Allah lebih menyayangi beliau
kami mendoakan, Asyikin, anak perempuan beliau yang bakal berkahwin Jumaat ini, agar tabah dan sabar menerima ujian ini, dan kuat menghadapi hari mendatang
juga kepada maksu, yang telah kehilangan teman hidupnya, moga berada dalam lindungan Illahi dan diberikan kekuatan hati
dan kepada sepupu-sepupuku, Kak Ma, Ana, Eja, Kamil, Abg Chik dan Nabiha, agar kamu semua juga diberi kekuatan hati, dan kesabaran mengahadapi ujian Allah
kami mendoakan agar Paksu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin
sedekahkan Al-Fatihah untuk Paksu Ilias
AL-FATIHAH. 
 
gambar terakhir arwah Paksu, bersama Kak Ma, anak sulung beliau