WELCOME PEOPLE! THANK YOU FOR VISITING & HAVE A NICE DAY ;)


Get your own Digital Clock

Wednesday, June 8, 2011

RESEPI AYAM KUKUS MENTEGA BEREMPAH

Bahan-bahan utama :
Seekor ayam (terpulang mahu potong kepada bahagian lebih kecil atau tidak)
2 biji kentang (dipotong dadu)
¼ biji labu (dipotong dadu)
2 biji bawang besar (dimayam)
3 ulas bawang putih (diketuk)
Sepotong kecil halia (diketuk)
Sebji oren *menggantikan lemon* (dihiris nipis)
Serai (dihiris nipis)              

Sos Perap :
½ cawan sos tiram
½ cawan mentega (dibiarkan pada suhu bilik)
1 s/b serbuk lada hitam
1 s/k serbuk kulit kayu manis
1 s/k garam

Cara-cara :
  1. Gaulkan kesemua bahan perap sehingga benar-benar sebati.
  2. Sapukan secara sekata di bahagian bawah kulit ayam yang telah dicuci, serta di semua bahagian ayam termasuk di bahagian dalam.
  3. Masukkan hirisan oren ke bahagian bawah kulit ayam.
  4. Taburkan serai dan perap selama 4 jam.
  5. Untuk mengukus, campurkan kesemua bahan utama dan kukus ayam selama 1 jam.
  6. Sedia dihidangkan bersama nasi pandan panas dan sos lada hitam/cili, atau mengikut citarasa masing-masing.
SELAMAT MENCUBA !

No comments: