WELCOME PEOPLE! THANK YOU FOR VISITING & HAVE A NICE DAY ;)


Get your own Digital Clock

Sunday, June 5, 2011

Resepi Daging Kisar Lada Hitam dengan Nasi Planta

Daging Kisar  Lada Hitam

Selamat menjamu selera!
Bahan-bahan Daging Kisar Lada Hitam :
1 peket daging kisar
1 biji bawang merah (dicincang halus )
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 s/t serbuk lada hitam
1/2 s/t serbuk kulit kayu manis
Asparagus (dipotong kepada bahagian kecil )
Sebiji telur
Garam secukup rasa

Cara-cara :
  1. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
  2. Bentukkan mengikut kegemaran anda.
  3. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 200'C selama 40 minit

Bahan-bahan Nasi Planta :
Beras
Daun pandan
Planta

Cara-cara :
  1. Tanak nasi bersama daun pandan untuk menaikkan aroma nasi.
  2. Setelah nasi masak, gaulkan bersama planta ketika ia masih panas.

Kedua-dua daging dan nasi sedia dihidangkan bersama coselow, kentang putar, dan sos cendawan shitakae (untuk resipi klik sini) atau hidang mengikut citarasa masing-masing.
Selamat Mencuba !

No comments: