WELCOME PEOPLE! THANK YOU FOR VISITING & HAVE A NICE DAY ;)


Get your own Digital Clock

Saturday, June 4, 2011

Resepi Fillet Ikan dengan Sos Cendawan Shitakae


it's a triple satisfaction!

Bahan-bahan utama :
Fiilet Ikan
Sosej lada hitam
Asparagus

Cara-cara :
1.       Gorengkan fillet ikan dan biarkan di tepi.
2.       Rebuskan asparagus dan sosej. Setelah empuk, toskan dan biarkan di tepi.


Bahan-bahan sos :
Cendawan Shitakae (cendawan boleh diubah mengikut citarasa masing-masing)
½ cawan Sos Tiram
I s/t Kicap manis (untuk membuat warna sos lebih cantik)
2 s/b tepung gandum (larutkan di dalam air)
3 cawan air
Bawang putih & bawang merah (dicincang halus)
1 kiub ayam maggi*
Garam secukup rasa
Mentega

Cara-cara :
1.       Cairkan mentega di dalam periuk, kemudian tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
2.       Masukkan cendawan dan tumis seketika. Masukkan air.
3.       Masukkan larutan tepung gandum, sos tiram, kicap manis, kiub ayam, dan garam secukup rasa.
4.       Biarkan mendidih sehingga pekat dan tutup api.

Bahan-bahan coselow :
Kubis bunga
Lobak merah
Bawang merah

Cara-cara :
1.       Potong kesemua bahan kepada bahagian yang sangat halus (gunakan pemarut jika ada)
2.       Gaulkan bersama mayonis.
3.       Sejukkan di dalam peti sejuk

Bahan-bahan kentang putar :
Kentang

Cara-cara :
1.       Rebus kentang sehingga betul-betul empuk. *tambahkan garam jika mahu*
2.       Lenyekkan kentang, dan sedia dihidang

Hidangkan kesemua bahan-bahan mengikut citarasa masing-masing.
Selamat Mencuba!

p/s : asalnya nak gunakan salmon instead of fillet fish, tapi, 100g salmon = RM 33.99. gulllppp!

No comments: