WELCOME PEOPLE! THANK YOU FOR VISITING & HAVE A NICE DAY ;)


Get your own Digital Clock

Wednesday, September 5, 2012

Abang Hakim E-Day

Assalamualaikum.
ecewah update pasal tunang, tetiba nak bagi salam acah sopan tau. hewhewhew
well, Alhamdulillah, my big bro, Ahmad Zaki (nama sebenar, but kami panggil Abang Hakim) just got enggaged last 7th raya
tunangnya orang Sik, Kedah
bertunang sudah, berkahwin? haaa kena tengok lah bila si abang besar dah ada duit hantaran yang cukup heee

disebabkan adiknya yang bongsu ini sedang bercuti semester, maka segedebak tanggungjawab membuat hantaran diletakkan di bahuku
padahal selama ni Nor yang buat. aku tukang menempek tepi "eh, apa kata buat macam ni" sahaja tugasku
nasib baik abang cuma mintak hantaran simple. "Adik, tolong gubah hantaran abang. buat macam kotak hadiah je"
fufufufufuuuuuh, legaaaaaa
dan disebabkan tahun ni mood baking melonjak naik, maka ku menawarkan untuk membuat cupcakes dan cake sendiri
jadi dalam hantaran kali ni, cake dan cupcakes both are homemade. *clap, clap,clap*
bunyi macam seronok je kan kan
padahal cake tu dah hampir tak jadi hantar
nasib baik lah Nor push jugak "hias cantik-cantik dik. aku ada idea macam mana nak hantar nanti"
maka dengan hati sebal tak ada board cake dan kotak cake, aku hias jugak cake dengan hirisan fresh strawberry dan buttercream sebagai filling, dan jugak sebagai topping cake
hasilnya? haa. bolehlah untuk dihantar, tapi untuk dijual, memang TAKlah.

kat bawah ni semua gambar hantaran.
gubahan kotak dengan bakul memang lah aku yang buat, tapi nak gubah-gubah secara spontan campak dalam kotak dan bakul bagi cantik tu semua kerja Nor sebab tangan dia ada magik. Kalau tangan aku? hewhewhewhew

triple chocolate cupcakes topped with fresh strawberry *oh, cupcakes berpeluh-peluh baru keluar peti*

haaa, inilah cake tuuu. Chocolate Fudge with Buttercream. *Nor yang tolong balut sebab dia nak jugak hantar kek ni*

sayur-sayuran dari cameron higlands sebab kebetulan baru turun cameron sebelum pegi Kedah


kuih raya. beli dari Batu Pahat. dah taktahu nak letak makanan apa, letak kuih raya yang sedap ni. hihi

kain pasang

buah-buahan segarrrrr

telekung :')

cincin tunang

cincin merisik

love it 


Alhamdulillah, everything went well
lepas habis meminang anak dara orang, terus pergi Ladang Anngur dekat Tasik Bera
ku sangkakan sejuk dingin macam ladang stoberi, sekali masuk panas berpoloh-poloh
tapi tetap seronok sebab semua ahli keluarga ada, lengkap tujuh beradik
terubat rindu pagi Syawal yang lengang hari tu

untuk abang besar yang saya sayang, Tahniah!
selamat menjadi tunangan orang dan chaiyok chaiyok kumpul duit kawen hihi
kepada bakal kakak ipar, selamat datang ke family kami
hope you can mix well with us :)

Abang Hakim & Kak Siti

*terasa nak buat photoshoot untuk abang lah. kita tak professional, tapi sekadar nak simpan untuk kenangan abadi tu boleh lah. wink*

No comments: