WELCOME PEOPLE! THANK YOU FOR VISITING & HAVE A NICE DAY ;)


Get your own Digital Clock

Tuesday, September 4, 2012

menang?



ya, kita mungkin rasa menang bila kita rasa kita berjaya mengambil sesuatu yang orang lain mungkin sayang sepenuh hati
kita mungkin rasa kita ada sesuatu yang lebih baik bila kita berjaya tarik seseorang yang dah jadi sebahagian dari hidup seseorang
kita mungkin rasa kita bukan merampas, tapi ditakdirkan untuk bersama
kita mungkin rasa kita dah menyelamatkan dia daripada orang yang salah, dan bersama dengan kita, orang yang betul

cuma kita jangan lupa berdoa supaya perkara yang sama tak menimpa kita
jangan lupa berdoa supaya orang lain tak ambil sesuatu yang kita sayang sepenuh hati
jangan lupa berdoa supaya seseorang yang dah jadi sebahagian dari hidup kita tak bertukar menjadi sebahagian daripada hidup orang lain
jangan lupa berdoa supaya kita tidak pernah merampas sesuatu dari sesiapa
dan jangan lupa berdoa supaya kita bukanlah orang yang salah, sebaliknya orang yang betul di dalam kehidupan seseorang

kalau pun karma itu datang kepada kita
berdoalah hati kita ni, lebih keras dari batu, lebih kental dari besi, lebih kukuh dari konkrit

yang sedang duduk menang mungkin tak nampak semua ni, sebab tengah sibuk bersorak menang

berdoalah, jangan lupa berdoa.

kemenangan di atas hak orang lain itu belum lagi kemenangan abadi, tapi satu permulaan untuk kekalahan hakiki

kekalahan apa? membentuk hati nurani daripada menzalimi hati seseorang yang lain di dalam diam

Na'uzubillah.


No comments: