WELCOME PEOPLE! THANK YOU FOR VISITING & HAVE A NICE DAY ;)


Get your own Digital Clock

Saturday, September 1, 2012

SYAWAL 2012

Pagi Syawal tahun ni hati terlalu sayu
sampai waktu bermaaf-maafan dengan mak abah, dada ni macam nak pecah tahan sebak
mungkin sebab I faced a lot of difficulties since a year ago
jadi bila dapat hadap wajah tenang mak abah, meruntun lah hati teringat betapa bersyukurnya masih punya mak abah yang sayang diri ini seadanya (Alhamdulillah)
teringat jugak betapa banyaknya mak abah dah bersabar dengan anak bongsu dia yang keras kepala ni :'(

apa yang tambah sayu, tahun ni cuma anak-anak perempuan je yang beraya dekat kampung
Abang Yen dengan Abang Ijam beraya dengan mertua
Abang Hakim pulak kerja, terpaksa simpan cuti untuk majlis pertunangan dia next week
malam raya sunyi je, as well as pagi raya
but mak still masak juadah wajib setiap tahun
laksa penang, ketupat palas, dan rendang
terubat jugak hati masing-masing

cuma yang diharapkan, Allah masih memberi waktu untuk sama-sama berkongsi detik bahagia lagi dengan mak abah, dan keluarga

Alhamdulillah atas apa yang telah Allah kurniakan, Alhamdulillah.

cinta hati




No comments: